Selamat Datang!

Selamat Datang ke Malaysian Glass Aluminium dari Deenz Work Enterprise! Ini adalah blog rasmi kami di mana anda boleh melihat pelbagai produk yang kami hasilkan.

Apakah Malaysian Glass Aluminium? 

Secara ringkasnya, syarikat kami menawarkan perkhidmatan membuat Kabinet Dapur (Kitchen Cabinet), Almari Pakaian (Wardrobe), Tingkap (Window) dan Pintu (Door), berasaskan dari bahan Kaca dan Aluminium (Glass & Aluminium). Syarikat kami mempunyai sebuah bengkel kecil yang terletak di Chemor, Perak.

Kesemua produk kami ada tersenarai di sebelah kanan blog, di bawah Products. Jika ada yang anda berkenan, ingin membuat tempahan, atau mempunyai sebarang soalan untuk ditanya, sila jangan segan untuk menghubungi kami menerusi maklumat yang tertera di bahagian Contact Us. 

Terima kasih sekali lagi kerana mengunjungi Malaysian Glass Aluminium. Kami berharap dapat bekerjasama dengan anda!

P.S Maaf jika kami tak balas komen anda di blog ini kerana kekangan masa. Sila terus hubungi kami di nombor telefon yang tertera di bahagian Hubungi Kami, di sebelah kanan anda. 

Salam Hormat,
Encik Deen
Pengurus Deenz Work Enterprise

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hubungi Kami

Sekiranya anda berminat untuk membuat sebarang tempahan produk atau mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan produk kami, anda boleh menghubungi kami menerusi cara-cara seperti di bawah:



ALMISA MARKETING
(NO Calls! Whatsapp ONLY!)
016 719 4085

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tentang Deenz Work

Deenz Work telah didaftarkan secara rasminya sekitar bulan Ogos, pada tahun 2008. Pengalaman Pengurus di dalam industri ini melebihi 10 tahun. Sejarah peningkatan Deenz Work bermula dengan bengkel keluasan 15 kaki x 25 kaki, sehinggalah ia berpindah ke tempat baru dengan keluasan bengkel 25 kaki x 50 kaki, pada penghujung tahun 2009.

Oleh kerana sambutan yang baik dari para pelanggan, maka Deenz Work telah berpindah ke bengkel yang lebih luas, iaitu ke lot kilang yang beroperasi pada keluasan 60 kaki x 80 kaki, bermula tahun 2011. Pada akhir tahun 2016, Deenz Work telah berpindah ke lot baru yang tidak jauh dari kilang lama. 

Pada tahun ini, iaitu 2023, kami telah berpindah pula ke Chemor, Perak.

Jika anda berminat untuk menempah sebarang produk dari Deenz Work, atau ingin berkunjung ke kilang kecil kami, silakan hubungi kami untuk temujanji. Kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda!

Yang Benar,
Encik Deen
Pengurus Deenz Work Enterprise

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pintu Bi-Fold

Kami juga menjual dan memasang Pintu Bi-Fold (Pintu Lipat Dua) yang boleh dipasang di bilik air, bilik tidur, dapur, ruang tamu dan sebagainya. 

Jika anda berminat dengan produk ini, sila ke blog kitchencabinetbifold.blogspot.my atau terus klik di SINI untuk melihat jenis-jenis design/pattern pintu bi-fold yang ada dan hubungi kami untuk membuat tempahan.

Harga SERENDAH RM500 (termasuk penghantaran dan pemasangan - TIADA GST! ALL-IN!)! Lebih banyak pintu bi-fold yang anda tempah, harga akan menjadi LEBIH MURAH! Bertindak SEKARANG sebelum harga MENINGKAT!

P.S Tempahan pintu bi-fold akan mengambil masa MINIMUM 1 MINGGU dari tarikh pembayaran. Kos penghantaran mungkin akan dikenakan sekiranya anda menempah hanya 1 unit pintu bi-fold dan anda berada di luar dari liputan kawasan kebiasaan. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Harga Kami

Kami mengenakan cas berpandukan kepada Per Foot Run.
Sila hubungi kami untuk mendapatkan harga terkini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kabinet Dapur Warna Kuning

Di bawah adalah contoh-contoh gambar bagi Kabinet Dapur warna Kuning.












  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tingkap

Di bawah adalah contoh-contoh gambar bagi Tingkap di luar dan di dalam bangunan.




































 
























Contoh-contoh gambar Cermin Tingkap di dalam bangunan.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS